|

1. Artinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
2. "Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadan: Di bulan Ramadan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Syaitan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadan." (Riwayat Ahmad dan Nasai).
3. " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim).
|
|
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 30 Ogos 2010 09:26 |
|
|
Perutusan Pengetua SMK Pasoh 2 |
|
|
|
|
Tuan Hj. Hamidon bin Hj. Khalid
Pengetua SMK Pasoh 2
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya laman web SMK Pasoh 2 ini telah dapat diwujudkan. Laman web ini adalah langkah yang perlu untuk memperkenalkan kepada pihak luar tentang sekolah ini dan secara tidak langsung kami dapat bertukar-tukar maklumat dengan pihak yang menggunakannya. Selain itu ia diwujudkan untuk menyahut cabaran kerajaan supaya guru-guru, kakitangan serta murid-murid dapat didedahkan mengenai teknologi maklumat. Semoga kita dapat bersaing di peringkat negara dan antarabangsa dalam mengharungi zaman globalisasi dan langit terbuka. Sama-samalah kita bergerak maju menuju wawasan 2020. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk mewujudkan laman web ini. |
|
Terakhir dikemaskini pada Selasa, 31 Ogos 2010 09:02 |
|
Peperiksaan Percubaan PMR akan diadakan pada 30 Ogos - 3 Sept. 2010.  Aktiviti Kokurikulum sepanjang bulan puasa ditangguhkan. Disambung semula 22 Sept. 2010 .  Seramai 320 orang pelajar SMK Pasoh 2 akan menerima netbook 1 Malaysia pada 26 Ogos 2010 bertempat di Pusat Jalur Lebar Komuniti Pasoh 1. |
|
Terakhir dikemaskini pada Isnin, 30 Ogos 2010 09:31 |
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 Seterusnya > Tamat >>
|
|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL |