No Image
No Image
No Image
No Image
No Image

Tahukah Anda?

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

Siapa Online?

Kami ada 47 tetamu ditalian
 
No Image
No Image
Karnival Keusahawanan Koperasi Sekolah PDF Cetak emel

 

Karnival Keusahawan Koperasi Sekolah

 

Karnival Keusahawanan Koperasi Sekolah 2010.  Pelbagai acara menarik disediakan: Pertandingan Bintang Koperasi, Pertandingan Petanque, Pertandingan Gubahan, Pertandingan Melukis, Pertandingan Mewarna, Gerai-gerai Jualan, Pertandingan Gerai Kreatif.
Semua dijemput hadir.

 

Terakhir dikemaskini pada Ahad, 29 Ogos 2010 08:41
 
15 Tip Pelajar Cemerlang PDF Cetak emel

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.


Sumber : Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

Terakhir dikemaskini pada Ahad, 29 Ogos 2010 08:45
 
Menu Pasoh Juara Lagi PDF Cetak emel

Seremban, 1 Julai - SMK Pasoh 2 menjadi johan lagi untuk dua tahun berturut-turut di dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2008 yang berlangsung di Dewan Ungku Aziz, SMK Seremban 2. Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Nestle. Peserta SMK Pasoh 2 terdiri daripada adik Fatin Nabila, adik Siti Nor Zaidah dan adik Norsyazwani. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar tingkatan tiga yang mengambil matapelajaran elektif ekonomi rumah tangga.

Para peserta di hadapan masakan mereka.

Menurut jurulatih mereka iaitu Cikgu Norma,  setiap pasukan diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk menyediakan menu masakan yang telah dirancang.  Bagi kategori The Iron Chef Challenge, setiap pasukan hanya diberi masa selama 30 minit untuk menyediakan satu hidangan yang bersesuaian.

Dengan kemenangan ini, SMK Pasoh 2 telah menerima RM 1000 sebagai johan dan akan mewakili N. Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Kelantan pada 18 Ogos nanti. Sokongan dan doa semua pihak adalah diharapkan agar pasukan SMK Pasoh 2 menjadi juara kebangsaan seterusnya mewakili negara ke Manila.

 

Terakhir dikemaskini pada Ahad, 29 Ogos 2010 08:46
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
No Image
No Image No Image No Image
No Image
No Image No Image
 

Takwim

<<  Mac 2010  >>
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Aha 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Undian

Perisian AntiVirus Apakah Yang Anda Gunakan?
 

Shout Box

Free chat @ ShoutMix
Ads on: Special HTML
No Image
PENAFIAN
Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan pekakasan dan perisian disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta Terpelihara @ 2010 - SMK Pasoh 2
Konsep dan Rekabentuk oleh Unit Dokumentasi
Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox
smkpasoh2[at]gmail.com
0.110 saat