No Image
No Image
No Image
No Image
No Image

Tahukah Anda?

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

Siapa Online?

Kami ada 30 tetamu ditalian
 
No Image
No Image
Sejarah dan perkembangan awal penubuhan SMK Pasoh 2 PDF Cetak emel
Ditulis oleh Administrator   
Sabtu, 01 Disember 2007 08:00

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Pasoh Dua, telah diasaskan pada bulan Januari 1981. Pengetua pertamanya ialah Tuan Hj Asmaon bin Hj Salikin. Mulai bulan Januari 1981 hingga Mei 1981 pelajar perintisnya ialah seramai 103 orang yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua, kerana bangunan sekolah masih belum siap.
 
Cadangan  pembinaan sekolah telah disyorkan pada peringkat awalnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Rancangan Felda Pasoh 2 memandangkan kerumitan yang timbul di kalangan peneroka untuk menghantar anak-anak mereka ke peringkat Sekolah Menengah. Ini adalah kerana kedudukan kawasan Felda Pasoh 2 yang jauh ke pendalaman dimana perhubungan dengan kawasan lain agak sukar ditambah pula tiada perhidmatan bas penumpang pada ketika itu.

Cadangan ini telah menjadi realiti apabila kerja-kerja meratakan tanah dan membina bangunan mula dilaksanakan pada penghujung tahun 1978. Pada 18.12.1980, satu bangunan pentadbiran 3tingkat yang bernilai  RM 868 ribu telah siap dibina. Bangunan ini mempunyai 10 buah kelas, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, 3 buah makmal, pejabat pentadbiran dan sebuah bilik gerakan. Selain bagunan itu, sebuah kantin dan bengkel kemahiran hidup juga telah dibina. Pada peringkat awal sekolah ini tiada berkalan elektrik, jestru, sebuah generatortelah dibekalkan untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik.

Pada 1989, disebabkan pertambahan pelajar dari semasa ke semasa sejak di buka, sebuah bangunan telah dibina secara gotong-royang yang mengandungi 4 buah kelas yang kemudahannya pada 1999, bangunan itu telah ditambah dengan sebuah pentas dan 2 buah kelas yang membolehkannya berfungsi sebagai sebuah dewan serbeguna. Pada julai 1990 sebuah bangunan pusat sumber telah dibina yang menempatkan pusat sumber, bilik tayang, bilik komputer dan 5 buah kelas yang boleh dijadikan dewan.

Pada 1 Mac 2002 pula, menyerahkan tapak untuk pembinaan bangunan 3 blok 4 tingkat pula di jalankan iaitu untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan bangunan pentadbiran. Sebuah bangunan sains pertanian juga telah dibina. Bangunan ini siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada pihak sekolah pada awal tahun 2004. Dalam masa lebih kurang 20 tahun, SMK Pasoh 2 telah berubah dari segi lanskapnya dari hanya sebuah bangunan pentadbiran 7 buah blok utama yang mempunyai pelbagai fungsi demi memenuhi tuntutan dan cabaran pendidikan masa.

Sejak penubuhannya hingga 1993, sekolah ini hanya menempatkan pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja. Pada tahun 1994 baharulah di wujudkan tingkatan 4. Pada sesi persekolahan 1999, bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu yang mahukan aliran sains dipertingkatkan di sekolah- sekolah, 1 kelas aliran sains telah di wujudkan dengan bilangan pelajar seramai 14 orang yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen bagi peperiksaan SPM 2000. Pada tahun 1999 juga, SMK Pasoh 2 mula menjalankan persekolahan 1 sesi sahaja iaitu sesi pagi yang sebelum ini diadakan  dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang.


Pada peringkat awalnya sekolah ini menerima murid dari 3 buah sekolah kebangsaan yang berhampiran iaitu, Sekolah Kebangsaan Air Hitam, Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 dan Sekolah Kebangsaan Pasoh 2. Kini, sebahagian besar pelajar-pelajar adalah terdiri daripada anak-anak dan cucu-cucu peneroka Felda Pasoh 2 dan 3 dan sebahagian daripada kawasan-kawasan sekitar Felda Pasoh 2.

 

 

Comments (7)add
just a proposal
written by Nora Malek , Mac 01, 2009
hi there, assalammualaikum...

i cuma nak bagi cadangan..cuba u all letakkan gambar dan senarai pelajar terbaik smkpd ni supaya jadi pembakar semangat kepada pelajar2 lain untuk jadi yg terbaik...selain itu i rasa u all patut adakan yearly magazine yg memuatkan aktiviti tahunan sekolah antaranya list pelajar terbaik, teacher of the year(voted by a student), kelas tauladan dan pelbagai lagi perkara2 yg boleh diselitkan dalam magazine tersebut...dan kalau utk buat magazine tu tinggi sgt kos nye u all buatlah kat web portal smkpd ni....make it nice and interesting. Thank you.
report abuse
vote down
vote up
Votes: -2
ni la sekolah den...
written by liza , Mei 22, 2009
hye salam sejahtera. SMKP2. Dlm kenangan beb. mano la budak2 pasoh skrg ni. tringat kt ciyoi,haikal,isa,mamat,jelani,keyoi,lin,lampam dan ramai lg dak2 kelas..i miss u all!! smilies/grin.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
sekolah aku 1990-1992( 3 Teknik Jebat )
written by faizah , Februari 18, 2010
salam....
buat semua.... walaupun SMKP2 merupakan sekolah diluar bandar...namun sekolah ini telah menunjukkan kemajuan melalui pencapaian akademik, dimana sekolah ini merupakan antara beberapa sekolah luar bandar yang memperolehi keputusan terbaik... tahniah buat semua tenaga pengajar serta pelajar......berusahalah mengorak langkah untuk kemajuan agama, bangsa dan negara........ smilies/smiley.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
salam
written by 5khaldun07 , Februari 21, 2010
gindu lak ai kek skolah den nie...
raso nk blik lek smolo kek sni...
report abuse
vote down
vote up
Votes: +1
sekolah lamo den nie
written by deans , Julai 15, 2010
mano2 kawan kawan den taun 85 - 87 call den kek 012 6546 003 / adoisika @ gmail.com..idup kelas hang tuah...88 - 89 denn sekolah kek smbk.
smilies/smiley.gif
report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
009 ???
written by flyff penya , Ogos 26, 2010

Buy or wow power leveling or maple story mesos

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
009 ???
written by Archlord gold , Ogos 26, 2010

e provide a and prom dresses or wow power leveling

report abuse
vote down
vote up
Votes: +0
Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger

security image
Write the displayed characters


busy
Terakhir dikemaskini pada Ahad, 08 Mac 2009 22:56
 
No Image
No Image No Image No Image
No Image
No Image No Image
 

Takwim

<<  Mac 2010  >>
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Aha 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Shout Box

Free chat @ ShoutMix
Ads on: Special HTML
No Image
PENAFIAN
Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan pekakasan dan perisian disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta Terpelihara @ 2010 - SMK Pasoh 2
Konsep dan Rekabentuk oleh Unit Dokumentasi
Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox
smkpasoh2[at]gmail.com
0.650 saat